RANCANGAN PEMAKANAN HARIAN
(MAKANAN SEIMBANG)
Hari : Isnin Tarikh : 5 November 2012
Tahun : 2M Bil Pelajar : 30 Orang
Tema : Unit 4 Badan Sihat Minda Cergas
Tajuk : Makanan Seimbang
Hasil pembelajaran : Pada akhir pembelajaraan murid-murid dapat :
i. Menamakan makanan seimbang.
ii. Mengelaskan makanan seimbang mengikut katergori masing-masing.
iii. Membina ayat majmuk dengan betul.
Sistem Bahasa : Kata nama
Kaedah pembelajaran : Pembelajaran konstektual dan pembelajaran konstruktivisme
Alat bantu mengajar : Buku teks, Pen marker, Papan putih, CD, Lagu, Kad imbasan
Nilai : Menjaga kesihatan diri
KBKK : Menghubung kait
Pengetahuan sedia ada : Murid- murid menyatakan bahawa makanan penting untuk
tumbesaran.
1. Guru menyediakan satu kotak misteri yang berisi makanan.
2. Guru meminta murid meneka benda yang terdapat di dalam kotak tersebut.
3. Guru mempamerkan benda yang ada di dalam kotak kepada murid.
4. Guru memberitahu kelas bahawa tajuk yang disampaikan pada hari ini ialah
"Makanan Seimbang".
( 5 MINIT )
1. Guru tayang video " Mari amalkan makanan seimbang" di laman Youtube.
2. Guru pamerkan carta makanan seimbang.
3. Guru menerangkan mengenai carta makanan seimbang.
4. Guru meminta murid menyebut semula makanan yang terdapat dalam carta tersebut.
5. Guru meminta seorang murid menyatakan makanan yang biasa dimakan pada waktu tertentu. Contoh :
Pagi :
Tengah hari :
Malam :
6. Murid lain diminta memberi pandangan sama ada makanan yang disebut itu seimbang atau sebaliknya.
( 5 MINIT)
1. Guru menunjukkan kad imbasan perkataan seperti :
2. Murid menyebut perkataan berdasarkan kad imbasan tersebut.
3. Guru meminta murid membina ayat berdasarkan perkataaan yang diberi.
4. Guru meminta contoh cara membina ayat majmuk berdasarkan ayat tunggal.Contoh :
Aiman suka minum susu.
Aiman suka makan ayam goreng.
"Aiman suka minum susu dan makan ayam goreng."
( 10 MINIT )
1. Guru membahagikan murid-murid kepada 6 kumpulan.
2. Guru mengedar kad perkataan dan meminta murid membina ayat majmuk berdasarkan kad tersebut.
3. Ketua kumpulan membaca semula ayat yang telah dibina
4. Guru memberi komen dan membuat kesimpulan mengenai ayat-ayat yang telah dibina.
( 5 MINIT )
1. Murid menyanyikan lagu makanan seimbang mengikut CD yang dipasang.
2. Rujuk kepada video di laman Youtube kepentingan makanan seimbang.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi membaca. Sila tinggalkan komen anda. Kami akan cuba sedaya upaya untuk layan komen anda :)